UMPSA diiktiraf Universiti Teknikal No. 1 di Malaysia dan No. 146 terbaik dunia

PEKAN, 14 Mei 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) diiktiraf sebagai universiti ke-146 terbaik dunia di bawah usia 50 tahun oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2024
Pencapaian ini meletakkan UMPSA berada di kedudukan ke-3 di Malaysia dan di kedudukan nombor satu terbaik dalam kalangan Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin berkata, UMPSA sebuah universiti berteraskan kejuruteraan dan teknologi kini telahpun berusia 22 tahun.

“Indikator yang mejadi kekuatan UMPSA adalah Kualiti Penyelidikan. 

“Universiti memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti pengkomersialan produk penyelidikan.

“Pencapaian ini turut membuktikan bahawa UMPSA berada di landasan yang tepat selari dengan Pelan Strategik UMPSA 2021-2025 dalam memacu kecemerlangan agar setanding dengan universiti terkemuka di dunia amnya dan di Malaysia khasnya,” katanya. 

UMPSA diiktiraf Universiti Teknikal No. 1 di Malaysia dan No. 146 terbaik dunia

Tambah beloiau lagi, dalam pada itu, THE Young membuat penilaian berdasarkan kepada indikator Research Quality: 30%, Teaching Reputation: 29.5%, Research Environment: 29%, International Outlook: 7.5% dan Industry: 4%. 

“Prestasi cemerlang ini tidak dapat direalisasikan tanpa komitmen utuh warga universiti dan kerjasama strategik yang produktif bersama pihak industri, agensi, sektor awam, serta tidak ketinggalan, alumni UMPSA.  

“Saya ingin merakamkan penghargaan tahniah buat warga UMPSA yang sentiasa komited mencipta inovasi dan keunikan dalam penawaran penyelidikan, kolaborasi strategik bersama industri serta pengantarabangsaan program akademik melalui jalinan strategik di pelbagai peringkat dalam dan luar negara.

“UMPSA sentiasa komited mencipta inovasi dan keunikan dalam penawaran program akademik melalui jalinan strategik di peringkat antarabangsa,” ujarnya. 

Dalam pada itu, universiti  menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi dan program pengajian Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Termaju (Advanced TVET). 

Disediakan Oleh: Mimi Rabita Abd Wahit, Pusat Komunikasi Korporat
Pautan asal: https://news.umpsa.edu.my/general/umpsa-diiktiraf-universiti-teknikal-no-1-di-malaysia-dan-no-146-terbaik-dunia


Print   Email